cuba cri mna gua... wargh24.. bkn2..mana saya.. ehehehe..

~~SeLamaT hArI-HaRi~~

hari - hari kita berbl0g.. mengisi waktu tatkala kesunyian
lalalalala~~

Tuesday, August 10, 2010

...::: Kemuliaan & Kes0mb0ngan :::...

Rasulullah SAW bersabda :

"Allah Azzawajalla berfirman : Kemuliaan adalah sarungKu dan kesombongan itu adalah selendangKu, sesiapa yang mencabut daripadaku salah satu daripada kedua nya nescaya Aku akan menyiksanya."

(Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda :

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya. "

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Saturday, July 31, 2010

....::: Niat yg Ikhlas :::..

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang, buah atau ganjaran sesuai sebagaimana niatnya. Barang siapa hijrahnya kerana menurut perintah Allah dan Rasul-Nya, nescaya hijrahnya diterima Allah dan Rasul-Nya (dan diberi pahala), dna barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya sampai kepada yang diniatnya itu."

[HR. Bukhari dan Muslim]

"Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan, kemudian menjelaskan keduanya. Maka siapa yang berniat untuk berbuat kebaikan, kemudian tidak dikerjakannya, Allah mencatat untuknya satu kebaikan (pahala), dan jika kemudian dikerjakannya, maka dicatat 10 kebaikan (pahala), dan mungkin ditambah hingga 70 kali lipat atau lebih dari itu. Dan apabila seseorang berniat akan berbuat kejahatan, kemudian tidak dikerjakannya, maka Allah mencatat baginya satu kebaikan (pahala). Dan jika niat jahat itu dilaksanakan, maka dituliskan baginya satu kejahatan."

[HR. Bukhari dan Muslim]



Hukum Membaca AL-Quran di kubur

Peringatan untuk suma umat Islam

Sebahagian ilmuwan membenarkannya atas dasar ia adalah amalan yang baik.

Sebahagian lagi menegah berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. :

"Janganlah menjadikan rumah kalian sebagai kawasan kubur. Sesungguhnya syaitan keluar dari rumah yang di dalamnya di baca surah al-Baqarah."

[Shahih Muslim, no:780]
Hadith ini memiliki dwi maksud.

Pertama:
Ia menganjurkan kita membaca al-Quran di dalam rumah, khasnya surah al-Baqarah.

Kedua:
Ia menerangkan bahawa perkuburan bukanlah tempat membaca al-Quran, kerana
itulah Rasulullah menjadikan ia sebagai perumpamaan rumah yang tidak dibacakan
al-Quran di dalamnya.

Tujuan menziarahi kubur bukanlah untuk memberi manfaat kepada yang diziarah tetapi kepada penziarah.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat".

[Mustadrak al-Hakim, no:1342 dgn sanad hasan]

Manfaat kepada penziarah :

  • Mengambil iktibar bahawa pd satu hari nanti dia juga akan menyusul.
  • Maka hendaklah dia segera bertaubat
  • Memperbanyakkan amal soleh sblm trlambat.

Thursday, July 29, 2010

:: Redha trhadap Qadha & Qadar Allah S.W.T ::

RELA terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah wajib hukumnya dan merupakan tanda adanya iman di hati seseorang.

Rasulullah SAW bersabda :

"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka ada yang keluar seperti emas asli, iaitu mereka yang dilindungi & dipimpin Allah dari perkara syabhat, dan ada antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu), iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah,"

(HR. Thabrani).


Sunday, July 25, 2010

DOA berbuat baik kepada IBU BAPA

"Wahai Tuhanku, ilhamkan lah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku & kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikan lah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).

[Surah al-Ahqaf, ayat 15]

Tuesday, July 20, 2010

10 amalan PENGHAPUS D0SA.....

1. Sempurnakan wuduk & berjalan ke masjid
2. Solat terawikh bulan Ramadan
3. Bertaubat
4. KELUAR MENUNTUT ILMU
5. Melakukan amal kebajikan
6. Berjihad pada jalan Allah
7. MEMBERI SALAM & BERKATA ~ senang jew kn.
8. Memperbykkn solat
9. Solat Malam
10. MENDIRIKAN SOLAT 5 WAKTU. ~ jgn lah kamu sekalian tinggal tiang agama ni.

World's Largest Earthquake Shake Test in Japan