cuba cri mna gua... wargh24.. bkn2..mana saya.. ehehehe..

~~SeLamaT hArI-HaRi~~

hari - hari kita berbl0g.. mengisi waktu tatkala kesunyian
lalalalala~~

Saturday, July 31, 2010

Hukum Membaca AL-Quran di kubur

Peringatan untuk suma umat Islam

Sebahagian ilmuwan membenarkannya atas dasar ia adalah amalan yang baik.

Sebahagian lagi menegah berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. :

"Janganlah menjadikan rumah kalian sebagai kawasan kubur. Sesungguhnya syaitan keluar dari rumah yang di dalamnya di baca surah al-Baqarah."

[Shahih Muslim, no:780]
Hadith ini memiliki dwi maksud.

Pertama:
Ia menganjurkan kita membaca al-Quran di dalam rumah, khasnya surah al-Baqarah.

Kedua:
Ia menerangkan bahawa perkuburan bukanlah tempat membaca al-Quran, kerana
itulah Rasulullah menjadikan ia sebagai perumpamaan rumah yang tidak dibacakan
al-Quran di dalamnya.

Tujuan menziarahi kubur bukanlah untuk memberi manfaat kepada yang diziarah tetapi kepada penziarah.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat".

[Mustadrak al-Hakim, no:1342 dgn sanad hasan]

Manfaat kepada penziarah :

  • Mengambil iktibar bahawa pd satu hari nanti dia juga akan menyusul.
  • Maka hendaklah dia segera bertaubat
  • Memperbanyakkan amal soleh sblm trlambat.

No comments:

Post a Comment